PIAGAM PELANGGAN
INSTITUT FARMAKOGENOMIKS INTEGRATIF (iPROMISE)
Institut Farmakogenomiks Integratif (iPROMISE) bertekad untuk memberikan perkhidmatan dan penyelidikan berkualiti tinggi dalam bidang Integrative Omics. Kami berusaha memastikan setiap pelanggan mendapat manfaat daripada kepakaran, teknologi dan inovasi kami.
Kami komited untuk :
- Menggunakan teknologi terkini dan prosedur yang disahkan untuk memastikan hasil penyelidikan yang tepat dan relevan.
- Memberikan respon terhadap pertanyaan, aduan dan cadangan pelanggan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
- Laporan hasil analisis sampel pelanggan akan disediakan dan diserahkan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan bayaran penuh.
- Memproses tuntutan pembayaran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh menerima dokumen lengkap.
- Mematuhi proses kerja, piawaian keselamatan dan etika dalam setiap aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
Melaksanakan penyelidikan berkualiti berlandaskan etika dan integriti serta mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh pihak Universiti.
Kami di iPROMISE komited untuk menjadi peneraju dalam penyelidikan Integrative Omics demi kesihatan dan kesejahteraan.
Dikemaskini : 28 November 2024